Subsidi ayam, telur ikut harga pasaran komoditi dunia langkah tepat

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

CADANGAN Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mahu kerajaan menyediakan subsidi tunai ayam dan telur kepada kumpulan sasar mengikut kenaikan serta penurunan harga pasaran komoditi dunia dalam usaha mengatasi masalah bekalan makanan tersebut merupakan langkah tepat.

Subsidi tersebut dilihat dapat meringankan beban perbelanjaan bagi kumpulan B40 dan M40 sekiranya harga sumber protein rakyat itu naik secara mendadak pada masa akan datang.

Dalam masa sama, langkah berkenaan juga mampu memastikan setiap sen yang dikeluarkan kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan bekalan di pasaran dengan mengambil contoh RM3.8 bilion telah dibelanjakan sebagai subsidi kepada penternak tetapi isu tersebut tetap berlaku.

Menurut Johari, pengeluaran ayam sangat stabil iaitu lebih 100 peratus dan telur pula mencapai sebanyak 110 peratus sehingga industri ayam serta telur Malaysia berjaya mengeksport ke pasaran luar negara pada satu ketika dulu.

Beliau turut menyatakan bahawa jika dahulu kerajaan tidak pernah membelanjakan sebarang subsidi kepada industri tersebut kerana Malaysia boleh mencapai kadar sara diri (self-sufficiency rate) yang mencukupi bagi ayam dan telur serta industri tidak pernah mempunyai sebarang masalah.

Punca kepada masalah bekalan telur dan ayam di negara ini adalah disebabkan kenaikan harga komoditi dunia, di mana sumber makanan ayam iaitu komoditi jagung dan kacang soya yang diimport meningkat berganda.

Idea yang diutarakan oleh Johari perlu diteliti sebaik mungkin kerana ia bukan sahaja mampu menyelesaikan isu bekalan makanan majoriti rakyat negara ini tetapi dapat mengelakkan ketirisan sekali gus memastikan subsidi sampai kepada kumpulan sasar.

Artikel Berkaitan: