Lelaki dicekup bawa rokok seludup guna lori

Wan Jamal Abdul Salam (tengah) menunjukkan rokok seludup yang dirampas dan dianggarkan jumlah cukainya sebanyak RM657,580.
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) menunjukkan rokok seludup yang dirampas dan dianggarkan jumlah cukainya sebanyak RM657,580.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki dicekup membawa 980,000 batang rokok seludup menggunakan lori jenis bonded di Melor, Kota Bharu pada 18 Oktober lalu.

Taktik tersebut gagal mengaburi pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan apabila rokok bernilai RM107,800 berjaya dirampas pada jam 11.30 malam.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan dan penahanan suspek lelaki berusia 40 tahun itu dilakukan hasil maklumat risikan.

"Sejurus ditahan, hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan rokok seludup yang dianggarkan jumlah cukainya sebanyak RM657,580," katanya semasa sidang akhbar di Cawangan Penguat Kuasa Kastam Kelantan, di Pengkalan Kubor pada Rabu.

Menurut beliau, suspek tersebut direman selama 14 hari bermula 19 Oktober hingga 1 November bagi membantu siasatan.

Wan Jamal Abdul Salam (dua,kanan) menunjukkan rokok yang diseludup menggunakan lori jenis bonded di Melor, Kota Bharu pada 18 Oktober lalu.
Wan Jamal Abdul Salam (dua,kanan) menunjukkan rokok yang diseludup menggunakan lori jenis bonded di Melor, Kota Bharu pada 18 Oktober lalu.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, hasil siasatan awal pihaknya mendapati rokok terbabit dibawa masuk ke negara ini melalui laluan laut untuk pasaran Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

"Kastam Kelantan akan terus melipat gandakan operasi dalam membanteras aktiviti penyeludupan.

"Kita menyeru orang awam untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkait sebarang aktiviti penyeludupan barangan seperti rokok, mercun, minuman keras dan dadah dengan menghubungi talian 1-800-88-8855," katanya.