Pemilihan Pas: Sanusi dominasi undi tertinggi

Muhammad Sanusi Md Nor. Foto: Bernama
Muhammad Sanusi Md Nor. Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendominasi senarai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi penggal 2023-2025.

Beliau yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Pas memenangi pemilihan jawatan tersebut dengan mendapat undi tertinggi sebanyak 1,098 undi.

Selain Sanusi, 17 lagi turut dipilih ke jawatan AJK Pas Pusat termasuk bekas Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud serta Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Ahmad Fadhli memperoleh sebanyak 1,042 undi dan diikuti rapat oleh Muhammad Khalil yang mendapat 1,033 undi.

Keputusan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Pusat Kali ke-69, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas. Sumber: FB Pas
Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas. Sumber: FB Pas

Sementara itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Jawatan naib presiden juga menyaksikan Datuk Seri Idris Ahmad, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah kekal memegang jawatan apabila menang tanpa bertanding setelah tiada calon lain menghantar pencalonan.

Artikel Berkaitan:

Daripada 22 calon bertanding jawatan AJK turut menyaksikan beberapa nama turut tewas antaranya, Ketua As’biqun, Datuk Dr Mahfodz Mohamed; Ketua Pas Perak, Razman Zakaria; ADUN Penaga, Mohd Yusni Mat Piah dan bekas Ahli Parlimen Termeloh, Nasrudin Hassan Tantawi.

Berikut keputusan penuh pemilihan Pas bagi sesi 2023-2025:

Pengerusi Tetap: Husin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari

Pemerika kira-kira:

1. Mat Syukur Abdul Aziz

2. Mohammad Najib Ahmad

Presiden:

Tan Sri Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden:

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:

Datuk Seri Idris Ahmad

Datuk Nik Mohd Amar Abdullah

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Ahli Jawatankuasa Kerja:

1. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (1,098)

2. Ahmad Fadhli Shaari (1,042)

3. Muhammad Khalil Abdul Hadi (1,033)

4. Dr Azman Ibrahim (995)

5. Dr. Hajjah Halimah Ali (961)

6. Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin (945)

7. Datuk Ustaz Ahmad Marzuk Shaari (944)

8. Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (941)

9. Datuk Awang Hashim (926)

10. Dr Riduan Mohamad Nor (924)

11. Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (915)

12. Datuk Mohd Nassuruddin Daud (914)

13. Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan (911)

14. Kamaruzaman Mohamad (865)

15. Dr. Hajjah Najihahtussalehah Ahmad (815)

16. Misbahul Munir Masduki (808)

17. Datuk Iskandar Abdul Samad (806)

18. Dr Rosni Adam (777)

-END-