Rumah Ngaji Sri Kundang lokasi penduduk tadabbur al-Quran


Antara qariah yang hadir sewaktu program SriKundang #QuranHour di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang.
Antara qariah yang hadir sewaktu program SriKundang #QuranHour di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang.
A
A
A

RAWANG - [DIKEMAS KINI] Program SriKundang #QuranHour memberi peluang penduduk setempat memahami dan mendalami al-Quran termasuk surah al-Insan bersempena Malaysia #QuranHour dengan tema Malaysia Berakhlak Mulia, Pemuda Merdeka Pemimpin Abrar.

Pengerusi Rumah Ngaji Sri Kundang, Mohd Noor Ismail berkata, program yang dicetuskan Yayasan Warisan Ummah Islam (WUIF) itu meningkatkan kesedaran peserta untuk mengamalkan kehidupan berpandukan al-Quran dan sunnah.

“Kami menubuhkan rumah ngaji ini sejak 2017 dan program hari ini adalah anjuran ketiga melibatkan lebih 500 peserta mengikut halaqah ditetapkan.

“Pihak kami mahu menghebahkan lagi mengenai kewujudan rumah mengaji kepada orang yang belum mahir dalam bacaan al-Quran, inilah peluang untuk mereka,” katanya ketika ditemui selepas program SriKundang #QuranHour di sini pada Sabtu.

Mohd Noor Ismail
Mohd Noor Ismail

Menurut Mohd Noor, program tersebut bermula dengan Majlis Khatam al-Quran diikuti slot tadabbur berinteraksi dengan surah al-Insan oleh Ketua Penyelidik WUIF, Safri Muhammad Zein.

Ujarnya, bacaan surah itu dialunkan barisan qari, Mohamad Zuhri Mohd Yusof, Amerul Shafie dan Abdul Aziz Mansur bersama selebriti, Shamsul Ghau Ghau.

Artikel Berkaitan:

Safri Muhammad Zein
Safri Muhammad Zein

"Penganjuran program sejajar dengan slogan Malaysia #QuranHour iaitu membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran.

“Program membaca al-Quran sudah dilakukan dengan aktiviti tadarus di kediaman masing-masing manakala untuk memahami lebih dalam lagi makna al-Quran, kami lakukan slot tadabbur seperti ini," jelasnya.

Barisan qari (dari kanan) Mohamad Zuhri Mohd Yusof; Shamsul Ghau Ghau; Amerul Shafie dan Abdul Aziz Mansur membimbing bacaan surah al-Insan
Barisan qari (dari kanan) Mohamad Zuhri Mohd Yusof; Shamsul Ghau Ghau; Amerul Shafie dan Abdul Aziz Mansur membimbing bacaan surah al-Insan

Tambah beliau, program berkenaan perlu diteruskan oleh wakil daripada masjid dan surau sebagai penggerak rumah ngaji mengikut kawasan masing-masing walaupun dengan skala yang kecil.

Antara qariah yang hadir sewaktu program SriKundang #QuranHour di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang.
Antara qariah yang hadir sewaktu program SriKundang #QuranHour di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai solidariti bersama rakyat Palestin, Mohd Noor berkata, pihaknya menyediakan tabung bagi mengumpul sumbangan sebelum diserahkan kepada pihak Aman Palestin untuk tindakan lanjut.