Doa Rumah Ngaji buat rakyat Palestin

Bacaan doa Qunut Nazilah daripada komuniti Rumah Ngaji Teluk Muroh buat penduduk Palestin.
Bacaan doa Qunut Nazilah daripada komuniti Rumah Ngaji Teluk Muroh buat penduduk Palestin.
A
A
A

LUMUT - Rumah Ngaji Teluk Muroh dekat sini mengambil inisiatif mengadakan program Doa Munajat sebagai tanda sokongan perjuangan umat Islam di Palestin pada Rabu.

Program disertai 50 peserta dalam kalangan ahli Rumah Ngaji dan komuniti setempat itu dimulakan dengan alunan selawat, istighfar, bacaan surah al-Fil, takbir dan diakhiri bacaan doa Qunut Nazilah.

Penggerak Rumah Ngaji, Datin Maziah Rafie berkata, inisiatif itu mendapat sokongan penduduk serta jemaah masjid yang sama-sama menentang kekejaman berterusan dilakukan rejim Zionis di bumi Palestin.

Maziah
Maziah

"Kita tidak ada senjata dan tidak mampu untuk sama-sama berjuang di sana, jadi sebagai sokongan kita terhadap perjuangan umat Islam di Palestin adalah doa yang menjadi senjata bagi menumbangkan benteng Zionis.

"Semoga ALLAH makbulkan doa-doa antara kami yang berkumpul ini dengan memberi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan buat rakyat negara itu," katanya.

Beliau berkata, sejak berlakunya krisis peperangan di sana, Rumah Ngaji Teluk Muroh mengamalkan doa Qunut Nazilah setiap kali selesai rutin mengaji.

Katanya, mereka juga bercadang untuk menggerakkan kutipan tabung Palestin sebagai sumbangan kecemasan membantu Palestin.

Artikel Berkaitan:

Rumah Ngaji Teluk Muroh mengambil inisiatif mengadakan program Doa Munajat sebagai tanda sokongan perjuangan umat Islam di Palestin.
Rumah Ngaji Teluk Muroh mengambil inisiatif mengadakan program Doa Munajat sebagai tanda sokongan perjuangan umat Islam di Palestin.

"Kebanyakan peserta Rumah Ngaji adalah wanita, hati seorang isteri dan ibu-ibu ini tidak dapat menerima kekejaman yang dilakukan di sana.

"Bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, malah ramai anak-anak kecil terkorban dan kehilangan keluarga," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Sultan Idris Shah II Teluk Muroh, Yusof Razi Tahir berharap lebih ramai pihak tampil menyatakan solidariti menerusi doa dan munajat.

"Doa adalah senjata penting bagi umat Islam, jadi sebagai rakyat yang prihatin, mohonlah kepada ALLAH SWT membantu kemenangan hakiki penduduk di bumi Palestin," katanya.