Kembara solo wanita & perspektif Islam

Patuhi syarat dan keperluan, Muslimah juga boleh merantau secara bersendirian

ANTARA hikmah terdapat syarat-syarat tertentu untuk wanita bermusafir secara solo adalah untuk menjaga keselamatan, memelihara kehormatan dan menjauhkan para wanita daripada fitnah yang mungkin dihadapinya dalam perjalanan.
ANTARA hikmah terdapat syarat-syarat tertentu untuk wanita bermusafir secara solo adalah untuk menjaga keselamatan, memelihara kehormatan dan menjauhkan para wanita daripada fitnah yang mungkin dihadapinya dalam perjalanan.
A
A
A

SEPANJANG pemusafiran, jaga keselamatan diri, agama dan maruah masing-masing agar bebas daripada fitnah dan maksiat ketika perjalanan, ketika tiba ke destinasi mahupun semasa pulang. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik
SEPANJANG pemusafiran, jaga keselamatan diri, agama dan maruah masing-masing agar bebas daripada fitnah dan maksiat ketika perjalanan, ketika tiba ke destinasi mahupun semasa pulang. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

SEJAK kecil, Kiyonah Mya Buckhalter, pengembara wanita Islam solo, sudah ditanamkan kecintaan kepada pelancongan oleh keluarganya.

Maka, tidak hairanlah apabila gadis Orang Asli asal New York yang berusia 24 tahun itu telah kembara menjelajah sebanyak 28 buah negara seorang diri setakat bulan Mac lalu, lapor laman web travelnoire.com.

Beliau menggelarkan dirinya sebagai ‘The Veiled Traveler’ kerana sering berniqab.

Menariknya, Kiyonah jatuh cinta dengan Islam dan memeluk agama suci itu hasil daripada pengembaraannya ke masjid-masjid yang dikunjungi!

Aktiviti kembara solo yang dilakukan memberinya dimensi pemikiran yang berbeza. Kata Kiyonah kepada wartawan The Muslim Women Times: “Keindahan dunia mengingatkan saya bahawa syurga adalah sejuta kali lebih indah.”

Malah, beliau turut memberi galakan kepada kaum Hawa yang berhasrat untuk berkelana merealisasikan impian mereka.

“Mintalah keselamatan kepada ALLAH dan bergembiralah. Jangan biarkan ketakutan menjadi minoriti Muslim menghalang anda daripada menikmati sesebuah negara.

Artikel Berkaitan:

“Teruskan ibadah anda dan jadikan kehadiran anda di negara tersebut sebagai satu bentuk dakwah kepada masyarakat,” titipnya.

Kisahnya begitu memberi inspirasi untuk kelompok wanita mengembara secara solo. Tiada apa yang mustahil.

Namun ada pandangan menyatakan, wanita Islam dilarang bermusafir secara bersendirian.

Benarkah begitu? Bagaimana perspektif Islam tentang perkara tersebut?

Bergantung kepada jenis pemusafiran

Ketika diajukan persoalan itu, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah menjelaskan, hukum wanita bermusafir secara solo tertakluk kepada jenis pemusafiran.

USTAZAH SHARIFAH FADYLAWATY
USTAZAH SHARIFAH FADYLAWATY

Jelas beliau, terdapat pengembaraan yang dibolehkan, tetapi ada juga tidak dibenarkan.

Secara asasnya, seorang wanita seharusnya tidak melakukan perjalanan bersendirian kecuali ada mahram sesuai yang menemaninya.

Mengulas lanjut, Ustazah Sharifah Fadylawaty berkata, pengembaraan wanita (safar mar’ah) terbahagi kepada tiga kategori utama dalam syariat Islam iaitu:

1. Safar wajib: Merujuk kepada perjalanan yang wajib seperti haji, umrah, jihad atau menuntut ilmu.

Mazhab Syafie tidak mewajibkan haji kepada wanita kecuali jika suami, mahram atau perempuan yang thiqah (dipercayai) hadir bersama-sama untuk menjamin keselamatan dalam perjalanan.

2. Safar sunat: Merangkumi haji dan umrah sunat, perniagaan dan lain-lain.

Jumhur ulama menyatakan, haji dan umrah sunat, ziarah, urusan perniagaan dan lain-lain tidak disyaratkan kecuali jika perempuan bermusafir dengan suami atau mahram.

3. Safar harus: Mencakupi perjalanan umum misalnya melancong.

Ulama berbeza pandangan dalam hal itu. Jumhur ulama mengatakan, tidak harus bermusafir kecuali dibimbing oleh suami atau mahram.

Namun begitu, Sheikh Sya’rawi, Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Abdullah Jabra’in menyatakan, perempuan boleh bermusafir seorang diri jika keselamatan terjamin.

Melihat perbahasan berkenaan, pensyarah itu merumuskan, wanita boleh bermusafir secara solo bagi kategori safar sunat dan safar harus mengikut pandangan sebahagian fuqaha.

“Hukum kembara wanita secara solo dalam Islam adalah satu isu kompleks yang perlu dilihat dengan teliti dalam konteks semasa.

“Walaupun larangan asal adalah jelas, pengecualian dan pertimbangan keadaan semasa mesti diambil kira. Ini adalah isu yang melibatkan banyak faktor, termasuk keselamatan, pengawasan dan pemahaman adat tempatan.

“Oleh itu, fatwa dan pandangan ulama adalah penting sebagai panduan untuk menentukan keharusan hukumnya,” ujarnya.

Kriteria untuk mengembara

Dalam konteks pengembaraan solo wanita, Ustazah Sharifah Fadylawaty menjelaskan, soal keselamatan, pemeliharaan agama dan maruah individu merupakan faktor-faktor penting yang perlu dititikberatkan.

PEMELIHARAAN agama dan maruah individu merupakan faktor-faktor penting yang perlu dititikberatkan untuk seorang wanita pergi mengembara. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik
PEMELIHARAAN agama dan maruah individu merupakan faktor-faktor penting yang perlu dititikberatkan untuk seorang wanita pergi mengembara. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

Lantaran itu, katanya, ‘solo travel’ bagi wanita hanya dibenarkan dengan syarat-syarat dan ketetapan sewajarnya.

Beliau kemudian mengemukakan kriteria yang perlu dipatuhi oleh wanita dalam pengembaraan sebagaimana disebutkan dalam kitab Mufassal Fii Ahkam al-Mar’ah.

“Pemusafiran itu mestilah mempunyai tujuan yang sah dari segi syariah. Ya, boleh lakukan perjalanan berkaitan dengan keperluan dunia atau akhirat seperti mengejar ilmu atau menjalani perubatan, tetapi dengan syarat ia mesti memenuhi garis panduan agama.

“Di samping itu, keadaan keselamatan diri, agama dan maruah wanita perlu diambil mereka. Mereka kena bebas daripada fitnah dan maksiat sepanjang perjalanan, ketika tiba ke destinasi mahupun semasa pulang,” ungkapnya.

Jika diteliti satu persatu, begitu ketat ‘undang-undang’ berkenaan terhadap kaum Hawa.

Namun, Ustazah Sharifah Fadylawaty mengingatkan bahawa semua itu ada asasnya tersendiri.

“Antara hikmahnya adalah untuk menjaga keselamatan, memelihara kehormatan dan menjauhkan para wanita daripada fitnah yang mungkin dihadapinya dalam perjalanan,” ungkapnya.

ANEKDOT

Tip mengembara solo wanita cara Islam

1. Jaga maruah Islam.

Ia termasuk menutup aurat, berperilaku sopan dan hindari tindakan yang boleh mendatangkan fitnah.

SEPANJANG pemusafiran, jaga keselamatan diri, agama dan maruah masing-masing agar bebas daripada fitnah dan maksiat ketika perjalanan, ketika tiba ke destinasi mahupun semasa pulang. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik
SEPANJANG pemusafiran, jaga keselamatan diri, agama dan maruah masing-masing agar bebas daripada fitnah dan maksiat ketika perjalanan, ketika tiba ke destinasi mahupun semasa pulang. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

2. Berdoa dan bergantung kepada ALLAH.

Selama bermusafir, berdoa dan bergantung kepada ALLAH agar diberi kekuatan, perlindungan dan kejayaan.

3. Berwaspada sepanjang masa.

ahami norma budaya tempatan, peka dengan etika pemakaian yang sesuai dan sentiasa berhati-hati.

4. Dapatkan nasihat pakar atau akses maklumat yang tepat.

Disarankan agar wanita pengembara solo mendapatkan nasihat daripada individu yang berpengalaman. Mereka akan berkongsi info, panduan dan sokongan yang berharga.

5. Menjaga kesihatan diri.

Bawa persediaan kesihatan yang mencukupi dan ubat-ubatan.

6. Kemas kini maklumat permusafiran dengan ahli keluarga.

Beritahu keluarga atau sahabat tentang lokasi dan perancangan perjalanan.

7. Bersedekah dan meminta restu.

Selalu ingat untuk bersedekah sebelum perjalanan dan meminta restu daripada keluarga. Amalan itu adalah tindakan yang membawa keberkatan dan keselamatan.

8. Menjaga keamanan diri.

unakan naluri anda dan jika sesuatu tidak terasa betul, ambil tindakan berjaga-jaga.