Jawi sedia penginapan sementara buat saudara baharu berlindung

Kompleks Darul Hidayah, Sentul merupakan penginapan sementara buat mualaf.
Kompleks Darul Hidayah, Sentul merupakan penginapan sementara buat mualaf.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dihalau dan dibuang keluarga merupakan salah satu cabaran saudara baharu selepas memeluk Islam.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan memaklumkan, bagi meringankan beban mereka, Jawi telah menyediakan penginapan sementara di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, khas buat mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Menurut kenyataan itu, Jawi turut menyediakan bimbingan seperti Kelas Tahsin al-Quran kepada golongan itu yang diberikan elaun setiap kali mengikuti kelas tersebut.

Kemudahan penginapan sementara disediakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul buat saudara yang baharu memeluk Islam.
Kemudahan penginapan sementara disediakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul buat saudara yang baharu memeluk Islam.

"Selain itu, mereka juga akan diberikan sumbangan pengislaman sebanyak RM3,000 serta kit pengislaman termasuk al-Quran, buku-buku, pakaian serta kelengkapan solat selepas pendaftaran.

"Jawi turut menyediakan kelas pengajian buat saudara baharu bagi peringkat asas, pertengahan dan lanjutan selama satu tahun enam bulan bagi setiap peringkat," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, saudara baharu yang memerlukan bantuan berkenaan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Jawi di talian 03-22749333.