AMK, NGO buat laporan kepada Jawi terhadap Radzi Jidin

Dr Radzi Jidin
Dr Radzi Jidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Isnin membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin berhubung tuduhan qazaf membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Exco AMK Pusat, Ashraf Ahmad Hadi berkata, laporan itu dibuat bersama Pengerusi NGO Pusat Transformasi Usahawan (ETC), Datuk Badrul Hanif Ahmad mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Ini soal pertengkaran (di dalam Dewan Rakyat) yang dibawa hingga ke masyarakat luar termasuk di media sosial dengan ada pihak menuduh qazaf kepada Perdana Menteri.

"Keadaan ini amat mendukacitakan dan melampaui adab serta batas rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini.