JAIS buka permohonan kemasukan pelajar baharu, Tingkatan Enam

Permohonan Tingkatan Enam ke Sekolah Agama Menengah dan Sekolah Agama Menengah Tinggi turut dibuka pada 1 sehingga 31 Oktober.
Permohonan Tingkatan Enam ke Sekolah Agama Menengah dan Sekolah Agama Menengah Tinggi turut dibuka pada 1 sehingga 31 Oktober.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan Satu bagi sesi baharu 2024 pada 7 hingga 22 Disember.

Menurutnya, syarat kemasukan adalah ibu bapa terdiri daripada warganegara Malaysia dan perlu memenuhi syarat kelayakan akademik.

“Selain itu, pemohon pernah bersekolah di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Islam, Sekolah Rendah Islam, Kelas Al Quran dan Fardhu Ain atau Kafa Integrasi.

“Pemohon juga sudah boleh mula mengisi maklumat peribadi, ibu bapa serta penjaga,” katanya menerusi perkongsian poster di laman Facebooknya.

JAIS turut memaklumkan permohonan Tingkatan Enam ke Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) turut dibuka pada 1 sehingga 31 Oktober ini.

“Antara syarat permohonan kemasukan adalah pemohon atau pelajar mestilah warganegara Malaysia, memenuhi kelayakan akademik dan telah mendaftar SPM.

“Keutamaan juga diberikan kepada pelajar dari SAM, SAMT, Sekolah Menengah Agama Bestari dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor,” katanya.

Kedua-dua permohonan akademik itu boleh dibuat secara atas talian menerusi https://esekolah.jais.gov.my

Artikel Berkaitan: