Bara api BBQ cetus kebakaran di Pantai Morib?

Video tular di aplikasi TikTok sejak Selasa.
Video tular di aplikasi TikTok sejak Selasa.
A
A
A

BANTING - Tengah santai aktiviti membakar ataupun barbeku (BBQ) sekali angin datang menyebabkan api merebak memenuhi kawasan riadah dipercayai berlaku di pantai Morib.

Video berdurasi kurang seminit itu dikongsikan menerusi aplikasi TikTok memaparkan keadaan angin kuat dengan kesan bara api berterbangan selain keadaan khemah yang hampir terbalik.

Menjengah di ruang komen, kebanyakan pengguna media sosial berjenaka dengan kejadian tersebut apabila meluahkan rasa syukur tidak berada di kawasan Morib.

"Nasib baik saya duduk Banting, jauh sikit dari Morib," komen pengguna media sosial, Shahnizam.

"Nasib bakk (duduk) Bukit Changgang, jauh dari Morib," tulis Syasyaaaaaa.

"Nasib saya duduk Sabak Bernam. Jauh sikit dari Morib," komen Fara Queen.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan waktu mahupun maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian kebakaran pantai berkenaan.

Artikel Berkaitan: