Dua bayi antara 34 maut kebakaran depot bahan api haram

Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah depot bahan api haram di selatan Benin. Foto hiasan 123RF
Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah depot bahan api haram di selatan Benin. Foto hiasan 123RF
A
A
A

DOUALA - Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria pada Sabtu, kata Kementerian Dalam Negeri.

"Pagi ini, kebakaran serius berlaku di bandar Seme Podji. Seramai 34 orang maut, termasuk dua bayi," kata menterinya Alassane Seidou, lapor Agensi Anadolu.

Seidou berkata 20 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital di Cotonou.

Beliau tidak mengulas mengenai punca sebenar kejadian, sambil berkata, bahan api yang terbakar itu ialah bahan api yang telah diseludup.

Benin dilaporkan mengambil kesempatan daripada harga bahan api yang rendah di negara jiran. - Bernama

Artikel Berkaitan: