Malaysia salur dana lebih RM100 juta kepada Palestin - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menyalurkan dana lebih RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menyalurkan dana lebih RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menyalurkan dana lebih RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Perdana Menteri berkata, ia akan disalurkan ke tabung kemanusiaan dan perubatan Palestin selewat-lewatnya minggu ini.

"Saya dah umumkan bantuan RM10 juta dan insya-ALLAH, hari Khamis sebelum saya berangkat ke Arab Saudi, RM100 juta disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung kemanusiaan dan perubatan,” katanya ketika memberi penerangan mengenai perkembangan mutakhir konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat pada Isnin.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau menyedari Malaysia berdepan kekangan untuk menyalurkan bantuan berkenaan dengan lancar selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa negara seperti Turkiye dan Mesir.

“Israel enggan membuka sempadan mereka, jadi ada tiga pesawat Turkiye sudah sampai ke pelabuhan sempadan Gaza, tetapi sempadan Rafah di Gaza tidak dibuka.

"Beberapa negara lain seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar juga mengirim bantuan perubatan makanan tapi tersangkut kerana kerajaan pemerintah zalim Israel telah menghalang pembukaannya.

“Maka dimaklum kepada Mesir, sekiranya dibuka sempadan akan dibenarkan dan dipaksa rakyat Palestin keluar dari Gaza menyeberang, pihak kita mahu dibuka sempadan untuk mengirim makanan dan perubatan jadi ini tidak dilakukan dan apa yang berlaku disekat dan dibom kemasukan di Salah al-Din,” tambahnya.

Berikutan itu, Anwar mendesak supaya bantuan kemanusiaan disegerakan dan meminta supaya Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara barat tidak terus bersikap hipokrit dalam menghulurkan bantuan.

"Saya katakan hipokrit kerana AS dan barat seperti tidak boleh menyatakan persetujuan untuk memberikan makanan, minuman bagi orang yang sudah cedera parah, kehilangan semuanya dan beberapa kawasan Gaza telah hilang bekalan minuman air bersih dan juga makanan.

Artikel Berkaitan:


"Pilihan yang diberi kepada mereka, majoriti tidak diterima. Majoriti rakyat Gaza tidak sedia meninggalkan negara mereka sendiri, tanah air mereka sendiri semata-mata untuk memenuhi selera rejim Israel," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!