Kompleks Akademik Al-Bayan mahu lahir pendakwah mualaf antarabangsa

Nur Mohammad Hadi (tiga dari kanan) memberi penerangan kepada Adly (dua dari kanan) ketika lawatan ke tapak pembinaan.
Nur Mohammad Hadi (tiga dari kanan) memberi penerangan kepada Adly (dua dari kanan) ketika lawatan ke tapak pembinaan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Kompleks Akademi Al-Bayan Kampung Pegoh, yang bakal dibina dalam tempoh dua tahun mampu melahirkan lebih ramai pendakwah mualaf bertaraf antarabangsa.

Pengerusi Pertubuhan Akademik Al-Bayan, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan berkata, ini kerana kompleks itu akan berperanan sebagai tempat pendidikan khusus untuk anak-anak mualaf.

Menurutnya, pembinaan kompleks yang dinamakan tiga budaya itu hasil sumbangan orang ramai dalam negeri dan luar negara menerusi kutipan dana yang mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk membuat kutipan sehingga RM25 juta. Katanya, kompleks itu dijangka memulakan operasi pada 2026 dan akan menjadi pusat tahfiz dakwah anak-anak mualaf pelbagai bangsa.

"Kompleks ini akan memberi manfaat sekurang-kurangnya kepada 300 individu dari dalam dan luar terdiri dalam kalangan asnaf dan anak yatim. Sekali gus membawa impak besar kepada penduduk setempat dalam sudut akademi dan ekonomi," katanya kepada pemberita di Kampung Pegoh di sini, pada Isnin.

Nur Mohammad Hadi (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Adly (dua dari kiri) pada program itu.
Nur Mohammad Hadi (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Adly (dua dari kiri) pada program itu.

Ujarnya, kompleks yang memaparkan tiga budaya melalui seni bina Kesultanan Melayu Melaka, Cina dan India itu akan direalisasikan secara berperingkat dengan kos sebanyak RM16 juta bagi fasa pertama. "Kita jangka kompleks ini akan disiapkan pada 2025 sebelum dapat beroperasi pada tahun seterusnya," katanya lagi.

Terdahulu, Nur Mohammad Hadi turut membuat lawatan ke tapak pembinaan seluas 0.81 hektar bersama Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

Artikel Berkaitan: