1,000 bendera Palestin terjual dalam tempoh dua hari

Suriani bersama bendera Palestin yang mendapat sambutan menggalakkan orang ramai.
Suriani bersama bendera Palestin yang mendapat sambutan menggalakkan orang ramai.
A
A
A

TEMERLOH - Penjualan bendera Palestin mendapat sambutan menggalakkan orang ramai di daerah ini.

Seorang peniaga, Suriani Basar, 31, berkata, dalam tempoh dua hari, sebanyak 1,000 helai bendera Palestin sudah terjual.

Menurutnya, pada mulanya dia membeli bendera sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan serangan kejam rejim Zionis.

"Tapi saya dapat banyak stok menyebabkan saya iklankan pada semalam (Selasa) untuk jualan dengan harga RM10 sehelai bagi saiz 1.52 x 0.76 meter. Jika beli banyak dapat harga lebih murah, tiga helai RM20.

Dalam tempoh dua hari, sebanyak 1,000 helai bendera Palestin sudah terjual.
Dalam tempoh dua hari, sebanyak 1,000 helai bendera Palestin sudah terjual.

"Tak sangka memang dapat sambutan menggalakkan terutama daripada geng-geng lori, kini tinggal beberapa helai sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Suriani, sebahagian hasil jualan bendera tersebut turut disalurkan ke dalam tabung dana bagi membantu rakyat Palestin.

"Ini sebagai salah satu usaha untuk membantu rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman Israel.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya ramai juga yang bertanyakan produk lain seperti baju T dan mafela," ujar Suriani yang berharap serangan terhadap Palestin segera ditamatkan.