Penubuhan SBA beri impak terhadap Johor - Akmal Nasrullah

Akmal Nasrullah menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Anjung Ilmu selepas merasmikan Program Hari Sukan Negara di Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru pada Sabtu.
Akmal Nasrullah menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Anjung Ilmu selepas merasmikan Program Hari Sukan Negara di Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BARU - Rancangan kerajaan untuk menubuhkan satu agensi tunggal sempadan negara (SBA) dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat secara langsung akan memberi impak terhadap Johor.Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, usaha tersebut akan memberi manfaat terutama kepada mereka yang menggunakan Tambak Johor.

"Sebagaimana yang kita tahu, antara cabaran dalam menguruskan sempadan kerana melibatkan banyak agensi."Agensi baharu ini akan menjaga sempadan negara dan berperanan menangani semua isu yang berbangkit termasuk proses keluar masuk sebelum ini di Tambak Johor.

"Selepas ini, kita tak perlu lagi banyak agensi seperti ketika ini. Kita nak selaraskannya. Ini adalah sangat signifikan di Tambak Johor dan merupakan satu inisiatif serta keputusan yang akan dibuat nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Hari Sukan Negara di Rumah Pangsa Larkin di sini pada Sabtu.Turut hadir Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menubuhkan SBA dengan peruntukan 20 juta untuk menyelenggara, membaiki serta memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara.Akmal Nasrullah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan berkata, perincian mengenai perkara itu akan dijelaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selain itu, beliau berkata, laluan atau jalan pintas untuk pejalan kaki perlu dibuka semula di BSI dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.Beliau akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menyuarakan perkara tersebut dan berharap cadangan berkenaan mendapat pertimbangan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Isu kesesakan di Tambak Johor katanya, bukan sahaja melibatkan kebimbangan di peringkat daerah atau negeri tetapi sudah menjadi perhatian di peringkat Pusat.Jelasnya, usaha tersebut memerlukan penglibatan pelbagai kementerian dan kerajaan negeri kerana isu berkenaan perlu diselesaikan secara bersama.

"Ini memerlukan keputusan secara bersama, jadi bagi ruang kepada menteri-menteri untuk selesaikan perkara ini," ujar beliau.Sementara itu, beliau berkata, dalam Belanjawan 2024 kerajaan juga memperuntukkan dana jaminan khas RM1 bilion bagi menggalakkan pemaju yang berwibawa memulihkan projek terbengkalai yang telah dikenal pasti.

Jelasnya, sejumlah RM546 juta disediakan dalam bajet tersebut bagi meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR) termasuk di negeri ini yang melibatkan PPR di Larkin di sini dan satu PPR lagi di Kluang."Sebelum ini PPR di Kluang itu tidak dimulakan pembinaannya dan hanya di peringkat rancangan disebabkan ada cabaran dan kekangan," katanya.

Artikel Berkaitan: