Henti politikkan Belanjawan 2024 - TPM

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak supaya berhenti mempolitikkan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau berkata, apa yang dibentangkan oleh Anwar sebagai Menteri Kewangan telah dicerakinkan dengan cukup komprehensif melibatkan semua golongan masyarakat.

"Kita lihat semalam pegawai kerajaan dan kakitangan bawah Gred 56, semuanya diberi bonus sebanyak RM2,000. Pemberian itu turut diberikan kepada tentera yang berpencen dan tidak berpencen.

"Biarlah kita berbeza politik tetapi dalam soal ekonomi, imej negara kita hendaklah tidak boleh mempolitikkannya," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang di sini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu, beliau melihat Belanjawan 2024 kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.

Ujarnya, ia dapat dilihat apabila jurang pendapatan melibatkan golongan miskin tegar telah berjaya dikurangkan.

Ahmad Zahid memberitahu, Belanjawan 2024 tidak boleh dilihat dalam konteks keperluan semasa sahaja tetapi harus diteliti untuk jangka pendek dan sederhana.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan mempunyai perancangan dalam tempoh lima tahun dan dilihat dengan sebaik mungkin," katanya.