Tun M akui salah pinggir negeri Pantai Timur

Minggu Negarawan kali ke-4 menampilkan Tun Dr Mahathir (tengah) bersama Professor Dr Solehah Nik Najah Fadilah Yaacob yang mengupas isu Sejarah, Melayu dan Identiti.
Minggu Negarawan kali ke-4 menampilkan Tun Dr Mahathir (tengah) bersama Professor Dr Solehah Nik Najah Fadilah Yaacob yang mengupas isu Sejarah, Melayu dan Identiti.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kesalahannya yang meminggirkan negeri Pantai Timur sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Ke-4.

Bercakap di pentas Minggu Negarawan di Yayasan Kepimpinan Perdana, beliau berkata, penglibatannya sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas (SG4) adalah sebagai salah satu tindakan untuk menebus kesalahan tersebut.

"Saya mengaku bersalah sewaktu jadi Perdana Menteri dari parti satu itu bermusuh dengan parti Pas yang menguasai negeri Pantai Timur," katanya pada Rabu.

Menurut Dr Mahathir, sewaktu memegang tampuk pentadbiran Persekutuan, tumpuan hanya diberikan kepada negeri-negeri di Pantai Barat.

"Oleh kerana itu, mereka (negeri Pantai Timur) tidak berjaya. Saya fikir ini masanya untuk tebus dosa kesalahan saya dahulu," ujar beliau.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan salah seorang hadirin berkenaan dengan penglibatan di dalam SG4 sama ada ia kerana Melayu, tata kelola atau mempunyai banyak idea membangunkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Tambah negarawan itu, dengan pengalaman yang beliau miliki, ia diharap dapat mengangkat kembali negeri-negeri di bawa pentadbiran Pas.

"Saya harap dengan pengalaman ini saya dapat bantu mereka mencapai kejayaan," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk ‘kumpulan empat negeri’ dengan Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi.

Malah, Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Datuk Zuraida Kamaruddin menyifatkan pelantikan Dr Mahathir itu dilihat tepat dan perlu diraikan bukannya dikecam oleh seteru politik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!