X

Kindly register in order to view this article
!

30 minit selamatkan si bulus

Anggota APM menggunakan tangga untuk menyelamatkan kucing di atas pokok kelapa. Gambar kanan: Kucing yang berjaya diselamatkan anggota APM.
A
A

KANGAR - Seekor kucing yang tidak berjaya turun dari sebatang pokok kelapa setinggi kira-kira 14 meter di Jalan Cenderawah, Seriap di sini diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pagi tadi.

Ketua Operasi APM Kangar, Koperal Ahmad Redza Fahmi Shukry berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.15 pagi tadi.

"Anggota APM menggunakan tangga bagi menyelamatkan kucing berkenaan dari atas pokok kelapa.

"Kucing berkenaan tidak agresif dan anggota mudah menangkapnya meskipun berpaut pada pelepah kelapa," katanya.

Menurut Ahmad Redza, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menurunkan haiwan itu.

"Kucing itu berjaya dibawa turun dan diserahkan semula kepada pemiliknya yang turut berada di lokasi," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!