Tujuh jalan ditutup akibat banjir di Kelantan

Jalan di Machang ditenggelami air secara berperingkat. - Foto Ihsan pembaca
Jalan di Machang ditenggelami air secara berperingkat. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak tujuh jalan ditutup kepada kenderaan berikutan laluan ditenggelami air secara berperingkat bermula jam 8 pagi tadi ekoran hujan lebat melanda beberapa kawasan di Kelantan.

Berdasarkan portal ebanjir.kelantan.gov.my setakat jam 2 petang ini, empat jalan sudah ditutup kepada semua kenderaan dan tidak selamat untuk digunakan.

Selepas laluan Jeli-Dabong di Kampung Reka ditutup kepada semua kenderaan, turut tidak boleh dilalui ialah di Kilometer (KM) 6.0 dan 9.2 Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa, Machang.

Berikutan penutupan jalan di Kampung Pek-Paloh Rawa itu orang ramai boleh menggunakan Jalan Belukar Panjang-Wakaf Bata sebagai laluan alternatif.

Di Machang juga, Jalan Machang-Pengkalan Machang Meleret-Wakaf Bata di KM 6.2 (Kampung Kelupang) juga tidak boleh digunakan oleh semua kenderaan bermula jam 1 tengah hari tadi.

Papan amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati.
Papan amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

Sebagai laluan alternatif, orang ramai boleh menggunakan laluan FT004, Jalan Machang-Jeli dan Jalan Kelaweh/Kampung Sat.

Selain itu, turut ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Pangkal Machang Meleret-Limau Hantu di KM1, 2.2 dan 3.6 iaitu di Cabang Tiga Kampung Buncit.

Artikel Berkaitan:

Jalan Kampung Pek, Paloh Rawa dan Jalan Machang Pangkal Meleret serta Wakaf Bata boleh dijadikan sebagai laluan alternatif.

Sementara itu, tiga laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah di Jalan Sungai Durian, Chenulang di Kuala Krai; Jalan Kubor China-Temangan di Kampung Pertok, Machang dan Batu 30 Temangan (Pangkal Chuit), Machang.

Di Tanah Merah pula, Jalan Bukit Mas-Bendang Nyior hanya dibuka kepada kenderaan berat.

Dalam pada itu, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2,729 orang melibatkan 881 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara.