Tulisan jawi: UMNO bidas rancangan Dong Jiao Zong

 Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

SHAH ALAM – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas perancangan Dong Jiao Zong untuk mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember bagi membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

“Tak ada sebab kenapa tulisan Jawi tidak boleh diperkenalkan di sekolah vernakular walhal garis panduan pelajaran tulisan Jawi sudah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Persidangan protes tulisan Jawi ini memalukan dan menghina seni tulisan dan budaya orang Melayu dan Malaysia secara terbuka," tegas beliau dalam kenyataan menerusi Facebooknya malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Ketua Pembangkang turut mempersoalkan kenapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih lagi berpeluk tubuh sedangkan pertubuhan Dong Jiao Zong layak diharamkan.

“Masih layakkah PH mengemudi kerajaan setelah perpaduan di negara ini makin hari makin diuji.

“Tidakkah tindakan boleh diambil terhadap Dong Jiao Zong di atas kelakuan mereka yang boleh menimbulkan rasa sakit hati antara rakyat.

“Kita juga bimbang takut-takut ada tindak balas daripada kalangan orang Melayu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak polis dapat menghentikan persidangan berkenaan bagi memastikan keamanan negara ini dapat dikekalkan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dong Jiao Zong anjur persidangan bantah tulisan Jawi di sekolah vernakular