MMHE peroleh rangka perjanjian daripada Petronas

MMHE
MMHE
A
A
A

MALAYSIA Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) telah diberikan rangka perjanjian oleh Petronas bagi penyediaan kerja-kerja struktur luar pesisir tetap bagi kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC).

MMHE ialah anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MHB berkata rangka perjanjian itu terdiri daripada pakej A membabitkan struktur luar pesisir tetap seberat lebih 7,500 tan metrik dan pakej B bagi struktur luar pesisir tetap yang beratnya tidak melebihi atau bersamaan dengan 7,500 tan metrik.

"Perjanjian itu, sah untuk tempoh enam tahun bagi kedua-dua pakej, adalah berasaskan bidaan mini, terpakai bagi projek yang sedang diuruskan di bawah Perjanjian Petroleum Petronas dan meliputi semua blok minyak dan gas di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB Wan Mashitah Wan Abdullah Sani berkata perjanjian itu mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap keupayaan kumpulan dalam melaksanakan projek dan memastikan hasilnya menepati kehendak pelanggan. - Bernama

Artikel Berkaitan: