Gali kubur lama cari harta karun

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.
A
A
A

BERUAS - Polis menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki menceroboh sebuah perkuburan purba di kawasan bukit di Kampung Batu Hampar, Pantai Remis semalam.

Kejadian itu disedari seorang penduduk kampung sekitar jam 2 petang selepas melihat dua lelaki terbabit melakukan kerja-kerja menggali sebuah kubur lama sedalam 0.6 meter dikatakan milik seseorang berketurunan raja zaman dahulu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, berdasarkan laporan, perbuatan itu dilakukan selepas suspek mempercayai kononnya terdapat harta karun yang ditanam bersamanya.

"Siasatan terhadap kedua suspek mendapati mereka datang dari Pulau Pinang untuk mencari harta di dalam kubur tersebut.

"Dengan bantuan orang awam, dua lelaki itu berjaya ditangkap. Turut dirampas beberapa peralatan digunakan antaranya cangkul dan skop," katanya.

Menurutnya, ujian air kencing yang dilakukan mendapati kedua-duanya bebas daripada pengaruh dadah.

"Kes disiasat di bawah seksyen 297 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh tempat perkuburan yang jika sabit kesalahan dihukum penjara setahun atau denda," katanya.

Difahamkan, mitos orang terdahulu mempercayai kubur digali suspek itu mempunyai legenda.

Artikel Berkaitan:

Kepercayaan semenjak keturunan terdahulu juga menyebut bahawa di dalam kubur itu terdapat harta karun dan emas yang dikebumikan bersama si mati.

Dikatakan juga, setiap tahun akan ada orang berpakaian istana datang ke kubur berkenaan untuk membersihkan kawasan kubur tersebut.