Buru 'harta karun' di Sungai Pahang

Hairulddin (kiri) dan Abdul Jamal mencari barangan berharga menggunakan pengesan logam di Sungai Pahang sebagai pendapatan sampingan.
Hairulddin (kiri) dan Abdul Jamal mencari barangan berharga menggunakan pengesan logam di Sungai Pahang sebagai pendapatan sampingan.
A
A
A

TEMERLOH - Sekadar mencuba nasib, beberapa penduduk sekitar Seberang Temerloh di sini tidak melepaskan peluang memburu barangan berharga dalam usaha mencari pendapatan sampingan sejak beberapa minggu lalu.

Pencarian itu dilakukan oleh Hairulddin Mohd Salleh, 65, menggunakan peralatan pengesan logam dibantu rakannya, Abdul Jamal Mohamed, 56, di sekitar pulau dekat Sungai Pahang di sini.

Hairulddin
Hairulddin

Hairulddin berkata, sebelum ini dia melakukan aktiviti tersebut di daratan kerana minatnya dalam pencarian barangan bersejarah.

"Bila ada geng (Jamal), kami pun mulakan pencarian bersama, cuba nasib kalau ada rezeki mungkin dapat barangan berharga, boleh juga tambah pendapatan dalam keadaan ekonomi masa kini.

"Buat masa ini, memang belum ada jumpa barangan berharga, selalu jumpa tin, besi. Nak kata putus asa, ada juga tapi cuba berusaha sebaik mungkin," katanya.

Hairulddin (kanan) dan Abdul Jamal menggunakan alat pengesan logam untuk mencari barang berharga di Sungai Pahang.
Hairulddin (kanan) dan Abdul Jamal menggunakan alat pengesan logam untuk mencari barang berharga di Sungai Pahang.

Menurutnya, jika ada modal tambahan, dia ingin membeli pengesan logam yang lebih canggih.

Artikel Berkaitan:

"Harganya ribuan ringgit juga, sekarang ini peralatan yang digunakan hanya dapat kesan kedalaman hingga kira-kira 30 meter sahaja. Pernah orang dari Teluk Ira jumpa duit lama atas beting pasir," kata warga emas itu.

Menurutnya lagi, pencarian di atas pasir lebih mudah berbanding di tanah yang lebih banyak menggunakan kudrat dan dia melakukan aktiviti itu bermula jam 9 pagi.

Sementara itu, Abdul Jamal berkata, aktiviti itu dilakukan ketika masa lapang.

Abdul Jamal
Abdul Jamal

"Catatan sejarah pernah merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.

"Tidak mustahil jika ada barangan berharga di laluan ini dan kami hanya sekadar mencuba nasib, ada rezeki boleh juga menampung kehidupan dalam keadaan kos hidup semakin mahal," katanya.