X

Kindly register in order to view this article
!

Ketelusan harga ubat perlu dilaksanakan

Dari kiri, moderator, Amin Idris, panelis, Amrahi Buang, Azwar Kamarudin, Zulkefli Mohamad dan Prof Dr Mohamed Mansor Manan pada Wacana Sinar Siri Ke-144 yang membincangkan tajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa Dan Apa Penentunya. - Foto: Rosli Talib
A
A

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya struktur ketelusan harga ubat di peringkat pengguna di negara ini diperkenalkan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Dasar Awam, Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Azwar Kamarudin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan pesakit atau pengguna mengetahui apa yang perlu dibayar oleh mereka.

Menurutnya, pelaksanaan ketelusan harga di peringkat pengguna lebih penting sebelum sebarang kawalan harga diputuskan oleh pihak yang berkenaan.

"Di Malaysia ini struktur rangkaian bekalan ubat sangat rumit kerana kita ada empat saluran yang boleh kita dapatkan ubat iaitu hospital kerajaan, hospital swasta, klinik dan juga farmasi.

"Disebabkan empat saluran inilah harga ubat yang kita perlu bayar berbeza-beza. Sebagai contoh kalau ada pesakit hari ini pergi ke klinik di Kota Damansara untuk beli ubat, harga ini yang dibayar.

"Hari lain kita pergi ke farmasi untuk dapatkan ubat yang sama, lain pula harganya. Sebab apa? kerana tiada ketelusan harga di peringkat pengguna.

"Berbeza apabila kita pergi ke mana-mana restoran makanan segera yang sama tetapi di lokasi yang berbeza, kita tetap dapat harga yang sama. Kenapa tidak bagi harga ubat. Inilah sebenarnya yang kita perlu beri perhatian," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri 144 yang membincangkan tajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa dan Apa Penentunya? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Menurutnya, dengan adanya struktur carta harga ubat di kesemua saluran rantaian bekalan ubat secara tidak langsung membolehkan pengguna tahu jumlah yang perlu dibelanjakan oleh mereka.

"Bagi pesakit apa yang penting saya tahu apa yang saya bayar, kalau tiydak puas hati, saya pergi ke klinik yang lain. Kalau saya tidak puas hati juga saya buat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya.

Katanya, pengguna dan pesakit mempunyai hak untuk membuat pilihan bagi memastikan wang yang dikeluarkan setanding dengan rawatan yang diterima.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!