Tumpahan asid nitrik: Tiada mangsa terlibat

Pasukan Hazmat bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian tumpahan asid nitrik berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Meru-Klang di sini tengah hari tadi.
Pasukan Hazmat bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian tumpahan asid nitrik berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Meru-Klang di sini tengah hari tadi.
A
A
A

KLANG - Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tumpahan asid nitrik berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Meru-Klang di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.32 tengah hari.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar serta BBP Sungai Pinang tiba di lokasi 18 minit kemudian.

Pasukan Hazmat melakukan pemeriksaan tangki bocor yang menyebabkan kejadian tumpahan asid nitrik.
Pasukan Hazmat melakukan pemeriksaan tangki bocor yang menyebabkan kejadian tumpahan asid nitrik.

“Laporan awal mendapati kejadian melibatkan tumpahan asid nitrik dengan kepekatan 68 peratus di dalam tangki lori yang bermuatan 1,400 kilogram.

“Kebocoran dikenal pasti pada sebelah kiri tangki dan hasil maklumat diterima tumpahan asid yang keluar dianggarkan hampir 30 peratus,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) turut ke lokasi untuk mengambil tindakan lanjut.

Katanya, kerja-kerja pembersihan di lokasi mengambil masa hampir empat jam dan tamat sepenuhnya pada jam 5.01 petang.

Artikel Berkaitan: