Enam lelaki ditahan kes kehilangan senapang

Kamarul Rizal (dua kiri) menunjukkan senapang yang ditemui di Mantin.
Kamarul Rizal (dua kiri) menunjukkan senapang yang ditemui di Mantin.
A
A
A

JELEBU - Enam lelaki termasuk empat pelajar ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes kehilangan selaras senapang pada Ogos lalu di sini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 45 tahun itu ditahan pada pagi Isnin dan Selasa di tiga lokasi berasingan sekitar Jelebu, Jempol dan Nilai.

"Empat pelajar itu didapati terlibat dengan tiga kegiatan pecah rumah antara Ogos dan Disember tahun ini.

"Dalam salah satu kejadian itu mereka turut melarikan selaras senapang bersama 20 biji peluru dan buku lesen senjata api milik seorang warga emas pada 19 Ogos lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, di sini hari ini.

Selepas disiasat seorang suspek mengaku menyerahkan senapang berkenaan kepada seorang lelaki berusia 32 tahun.
Selepas disiasat seorang suspek mengaku menyerahkan senapang berkenaan kepada seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kamarul Rizal Jenal berkata, selepas disiasat seorang suspek mengaku menyerahkan senapang berkenaan kepada seorang lelaki berusia 32 tahun.

"Lelaki itu kemudian memberikan senjata api berkenaan kepada kenalannya yang berusia 45 tahun sebelum disimpan di dalam bangsal di kebun di Mantin Nilai.

"Dua lelaki berkenaan ditahan polis pada Selasa lalu secara berasingan di Kampung Gatco,Jempol dan Mantin selain turut merampas senapang berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 35 Akta Senjata 1960," katanya.

Katanya, tiga pelajar berkenaan juga didapati positif dadah amphetamine manakala seorang lagi sudah tidak ke sekolah sejak Mei lalu.