Polis serah kertas siasatan kes Jalur Gemilang kepada Pejabat AG

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes Jalur Gemilang dengan bintang lima bucu yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.

"Sehingga kini, seramai lima saksi telah dipanggil memberi keterangan termasuk pengadu, penganjur, vendor teknologi maklumat, pengarah syarikat dan setiausaha eksekutif persatuan. Kita turut merampas beberapa perkakasan yang digunakan sewaktu insiden berlaku," katanya melalui kenyataan media tadi.

Bendera dengan bintang lima bucu dan 11 jalur merah dan putih itu dipaparkan pada skrin televisyen stadium ketika lagu kebangsaan dimainkan semasa Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang Kali Ke-28 pada 24 November lalu.

Jalur Gemilang mempunyai 14 bucu bintang serta 14 jalur merah dan putih yang mewakili 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

'Memalukan! KBS akan lakukan siasatan terperinci'

Artikel Berkaitan: