Kalendar pelancongan Perlis 2020 bakal gamit pengunjung

Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat melancarkan kempen Promosi Masakan Perlis sempena lawatan Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke ibunegara Georgia, baru-baru ini.
Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat melancarkan kempen Promosi Masakan Perlis sempena lawatan Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke ibunegara Georgia, baru-baru ini.
A
A
A

KANGAR - Pesta Angin Timur Perlis 2020, Perlis Marathon, Ragbi Perlis Royal 7s’ dan Kejohanan Badminton Kebangsaan Junior antara acara menarik dalam kalendar pelancongan Perlis tahun depan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, suku ke tiga tahun hadapan akan lebih rancak dengan pelbagai penganjuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan sambutan dua dekad pemerintahan baginda sebagai Tuanku Raja Perlis.

Baginda bertitah, antara program yang sudah diatur ialah Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) Perlis 2020 Perlis Endurance 100 kilometer Run 2020.

"Turut akan dilaksanakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian ialah Malam Kilauan Cahaya Tahunan di Dataran Istiadat Istana Arau; Kejohanan AAM Cub Prix; Hari Peladang Penternak dan Nelayan Perlis serta Pesta Air Kuala Perlis 2020," titah baginda.

Baginda bertitah ketika melancarkan kempen Promosi Masakan Perlis sempena lawatan Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke ibu negara Georgia yang diadakan di Hotel Marriott Tiblisi, Georgia baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Eksekutif Chef hotel berprestij berkenaan iaitu Ciaran Gantly serta Konsul Kehormat Malaysia, Jemal Inaishvili.

Berangkat sama ialah anakanda baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ke majlis anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama pihak hotel berkenaan dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan BMC Travel Sdn Bhd ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Ir. Dr. Ts. R. Badlishah Ahmad dan Pengurus Besar BMC Travel Sdn Bhd, Philip Fang.

Artikel Berkaitan:

Program promosi masakan dari negeri Perlis kali ini memaparkan kelainan apabila salah seorang pegawai pengiring dari UniMAP iaitu Noora Yusoff serta lima pelajar memasak sendiri menyediakan hidangan enak seperti laksa Kuala Perlis; pulut mempelam Bukit Bintang; ikan pekasam Timah Tasoh; ikan talang masak lemak cili padi Kuala Sungai Baru; rebung lemak Tasik Melati dan kurma daging Arau.

Baginda yang juga Tuanku Canselor UniMAP turut bertitah ada penganjuran Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra; Kejohanan Rugby Kangar serta Kejohanan Badminton Kebangsaan bawah 21yang akan melabuhkan tirai 2020.