Saksi terima tiga cek Yayasan Akalbudi

Ahmad Izhan ketika hadir hari kesembilan perbicaraan ke mambabitkan Ahmad Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Izhan ketika hadir hari kesembilan perbicaraan ke mambabitkan Ahmad Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Saksi kes pecah amanah dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bahawa tiga cek diterima milik Yayasan Akalbudi bagi menguruskan pembaharuan insurans kenderaan dan cukai kenderaan milik Ahmad Zahid.

Ahmad Izhan Abd Rashid berkata, tiga cek yang dikeluarkan pada Januari, April dan September 2015 masing-masing bernilai RM24,980.55; RM 43,645 dan RM 38,884 itu diterima daripada pembantu peribadi Ahmad Zahid yang dikenali sebagai Mejar Mazlina.

“Cek ditulis atas nama saya kerana selepas saya mendepositkan cek tersebut saya akan keluarkan sejumlah wang bagi tujuan pembayaran cukai jalan kenderaan kerana pembayaran ini akan dibuat secara tunai kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Saya kemudian mengeluarkan sejumlah wang yang lain untuk dimasukkan ke dalam akaun semasa ke syarikat saya iaitu Maya Consultant Services sebagai pembayaran premium insurans kenderaan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika membaca penyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt pada hari kesembilan perbicaraan Ahmad Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Ahmad Izhan turut mengakui tahu melalui Mejar Mazlina bahawa cek berkenaan ditandatangani lebih awal

"Mejar Mazlina memberitahu untuk percepatkan urusan maka buku cek ditandatangani lebih awal," katanya

Ahmad Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 kes pecah amanah (CBT), lapan rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Artikel Berkaitan:

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah disambung esok.