X

Kindly register in order to view this article
!

DAP Pulau Pinang gesa Omar disiasat

Rayer (tengah) bersama ADUN DAP lain menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas Omar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tadi.
A
A

GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar kerana didakwa menuduh DAP membawa masuk warga China ke negara ini.

Laporan itu juga dibuat untuk membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan Omar kononnya DAP memberi kad pengenalan Malaysia kepada warga China bagi tujuan mendaftarkan sebagai pengundi untuk mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang membuat laporan tersebut berkata, dakwaan Omar dilihat tidak berasas dan fitnah jahat yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap DAP.

"Kenyataan beliau tidak bertanggungjawab apabila menuduh DAP membawa masuk warga China selain memberi kad pengenalan Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

"Kenyataan ini tidak benar kerana DAP tidak pernah pada bila-bila masa melakukan perkara yang dituduh itu. Oleh itu, laporan dibuat bagi membolehkan polis mengambil tindakan tegas ke atas Omar," katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Rayer turut mencabar Omar membuat laporan polis berserta bukti sekiranya dakwaannya itu benar.

"Sekiranya dia ada bukti, sepatutnya dia buat laporan polis untuk siasatan terhadap tuduhan ini. Jika tidak benar dakwaan tersebut, maka kita berharap dia diambil tindakan tegas kerana tuduhannya itu serius.

"Jika dia tak ada bukti, berhenti mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau ada (bukti), kami cabar (dia) buat laporan polis," katanya.

Terdahulu, dalam perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO semalam, Omar mendakwa pelancong India dan China dibawa DAP untuk mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia susulan Laporan Ketua Audit Negara 2018 mendedahkan 95 peratus pelancong dari China dan India memasuki Malaysia, namun tiada rekod meninggalkan negara ini.

Laporan audit itu mendapati 79,799 pelancong Cina tiba melalui Sistem Imigresen Malaysia, bagaimanapun sejumlah 76,258 atau 95.6 peratus tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud menjelaskan, terdapat kesalahan dalam jumlah tersebut kerana hanya 18,341 individu masih belum meninggalkan negara ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf