Bukti kebajikan polis dijaga

Lip Eng (tiga dari kiri) ketika majlis simbolik penyerahan kerusi yang disampaikan kepada Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah (duduk) semalam.
Lip Eng (tiga dari kiri) ketika majlis simbolik penyerahan kerusi yang disampaikan kepada Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah (duduk) semalam.
A
A
A

SENTUL - Prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota polis, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyerahkan sumbangan 150 kerusi baharu untuk digunakan anggota Polis Diraja Malaysia (PRDM) di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Lip Eng berkata, kerusi berkenaan akan diagihkan untuk kegunaan Balai Polis Kepong, Balai Polis Jinjang dan lain-lain balai yang memerlukan.

Menurutnya, pihaknya menyedari kerusi pejabat yang selesa dan berkualiti penting bagi anggota polis menjalankan bertugas.

““Saya mengambil berat terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota polis yang bekerja dari siang ke malam tanpa mengira waktu.

“Saya juga simpati dengan pegawai penyiasat yang dikehendaki berada di pejabat sehingga lewat malam mahupun awal pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis simbolik penyerahan kerusi yang disampaikan kepada Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah semalam.

Hadir sama Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kepong, Datuk Mohd Noor Ali Akbar dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kepong Datuk Mazlan Hashim.

Dalam pada itu, Lip Eng berharap sumbangan kerusi itu dapat menaikkan semangat dan motivasi polis di kawasan Parlimen Kepong.

Artikel Berkaitan: