MTAABS dianugerah Masjid Urus Tadbir Terbaik Negeri Pahang 2019

Khairulnizam menunjukkan cek dan sijil yang terima MTAABS selepas dinobatkan sebagai Masjid Urus Tadbir Tebaik Negeri Pahang dan menerima penarafan Masjid Tiga Bintang sempena Kemilau Program Masjid Gemilang Pahang 2019 kelmarin.

A
A
A

MUADZAM SHAH - Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit (MTAABS) di sini dianugerahkan sebagai Masjid Urustadbir Terbaik Negeri Pahang 2019.

Lebih membanggakan, MTAABS turut menerima Anugerah Penarafan Masjid Tiga Bintang.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada program Kemilau Program Masjid Gemilang Pahang 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kelmarin.

Pengerusi MTAABS, Dr Khairulnizam Mat Karim berkata, beliau bersyukur atas anugerah yang diterima.

Menurutnya, walaupun masjid itu baharu dibuka tiga tahun lalu dan ahli jawatankuasanya mula bergerak aktif pada pertengahan 2017 namun ia mampu melakar kejayaan setanding masjid-masjid yang lebih lama.

"Kejayaan ini hasil kerjasama dan komitmen tinggi dalam kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta disokong oleh Pelan Perancangan Strategik MTAABS 2018-2022 yang dibangun dan dilaksanakan pada awal tahun lalu.

"Kejayaan ini juga hasil kerjasama yang diberikan ahli kariah serta masyarakat sekitar Muadzam Shah yang sentiasa menyumbang idea dan kewangan.

"Tidak lupa sumbangan kewangan daripada jemaah musafir yang turut membantu dalam melaksanakan pembangunan MTAABS secara berterusan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Khairulnizam berkata, anugerah yang diterima itu menjadi tanda aras dan cabaran baharu bagi MTAABS untuk satu tahap yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Khairulnizam mewakili MTAABS menerima anugerah disampaikan Wan Rosdy pada Kemilau Program Masjid Gemilang Negeri Pahang 2019 kelmarin.
Khairulnizam mewakili MTAABS menerima anugerah disampaikan Wan Rosdy pada Kemilau Program Masjid Gemilang Negeri Pahang 2019 kelmarin.