Dua pengedar dadah dicekup

Ismadi (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.
Ismadi (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.
A
A
A

SERDANG - Polis memberkas dua lelaki dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah di kawasan Puchong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berjaya memberkas suspek pada jam 8.15 malam.

"Ketika ditahan kedua-dua suspek bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini.

Ismadi berkata, polis turut menemui beg galas berisi 10 bungkus plastik bahan ketulan dipercayai dadah heroin yang dicampak suspek.

Menurutnya, anggaran berat keseluruhan dadah ialah 4,550 gram yang dianggarkan bernilai RM60,000.

"Kita turut menyita sebuah kereta Toyota Vios di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 untuk siasatan lanjut.

"Hasil soal siasat terhadap suspek berusia 50 dan 45 tahun itu, mereka telah beroperasi sejak tiga bulan lalu serta mendapatkan bekalan dadah dari Johor seterusnya memasarkan kepada pengedar lain di Johor dan Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama seminggu sehingga 11 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.