'Bergaduh, bertumbuk sehingga berdarah'

Pergaduhan berlaku di luar dewan selepas tamat sesi perbahasan dan usul Kongres AMK di MITC hari ini. -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Pergaduhan berlaku di luar dewan selepas tamat sesi perbahasan dan usul Kongres AMK di MITC hari ini. -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

AYER KEROH - Pertengkaran tercetus di luar Dewan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan di MiTC di sini hari ini turut melibatkan kekasaran fizikal antara sayap pemuda dan pemerhati.

Pergaduhan itu difahamkan terjadi disebabkan pemuda AMK tidak berpuas hati terhadap pemerhati yang memenuhi ruangan dewan sehingga menyebabkan perwakilan tidak dapat mengamati ucapan dasar pada program tersebut.

Difahamkan situasi tegang itu berlaku selepas ahli perwakilan AMK mendesak pemerhati segera balik memberi peluang kepada mereka untuk hadir pada kongres itu.

Berdasarkan video yang dimuat naik Sinar Harian, terdapat aksi jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat selain beberapa orang dilihat mula tolak menolak sesama mereka.

Tidak lama selepas itu, situasi bertukar menjadi ganas di mana beberapa orang telah bertumbuk dan telah menyebabkan seorang sayap pemuda dan pemerhati mengalami kecederaan akibat dibaling batu.

Wartawan dan jurugambar yang berada di tempat kejadian dipaksa menghentikan rakaman pergaduhan tersebut dan seterusnya terdapat seorang jurugambar media ditolak kameranya daripada merekod.

Difahamkan bahawa pihak polis yang berada di tempat kejadian telah melakukan siasatan lanjut mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN Kumpulan 'pemerhati tidak sah' punca kecoh

Artikel Berkaitan: