X

Kindly register in order to view this article
!

Kumpulan 'pemerhati tidak sah' punca kecoh

Pergaduhan berlaku di luar dewan selepas tamat Sesi perbahasan dan usul Kongres AMK di MITC hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

MELAKA TENGAH - Pihak yang didakwa menimbulkan kekecohan di pintu utama dewan tempat berlangsungnya Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) bukan dalam kalangan perwakilan, sebaliknya disifatkan sebagai 'pemerhati tidak sah'.

Naib Ketua AMK Cabang Shah Alam, Muhammad Izuan Ahmad Kasim, 28, berkata, beliau yang ketika itu mahu memasuki dewan pada mulanya turut menyangka pihak terlibat adalah jawatankuasa keselamatan kerana mereka sebelumnya dilihat cuba memasuki dewan melalui pintu belakang.

Bagaimanapun, beliau menyedari kumpulan berkenaan sebagai 'pemerhati' selepas memasuki dewan berikutan kawasan dalam dewan sesak dengan pemerhati tanpa tag menyebabkan ada perwakilan terpaksa berdiri kerana tidak mendapat tempat duduk.

"Bila lihat apa yang berlaku, memang pelik dengan kewujudan kumpulan itu dan sebenarnya dewan itu muat untuk semua perwakilan AMK," katanya ketika ditemui ketika Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh di sini hari ini.

Insiden kekecohan berlaku apabila pasukan keselamatan PKR cuba menghalang perwakilan daripada memasuki dewan pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) pagi tadi. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Insiden kekecohan berlaku apabila pasukan keselamatan PKR cuba menghalang perwakilan daripada memasuki dewan pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) pagi tadi. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Mengulas lanjut, Muhammad Izuan turut kesal dengan insiden terbabit berkata, keadaan tersebut tidak menggambarkan semangat reformasi yang dilaungkan dalam parti.

Dalam masa sama dakwanya, kawalan keselamatan terhadap kemasukan pemerhati juga dilihat tidak ketat, tidak sebagaimana kawalan dilaksanakan ke atas perwakilan.

"Bila melihat mereka berbaju hitam itu tidak memakai tag dan usia bawah 20-an, kami cuba minta Mykad, malangnya tiada seorang pun berani berikan dan berlaku kekecohan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kekecohan berlaku apabila didakwa lebih 100 perwakilan tidak dapat memasuki Dewan Klasik Room di tempat berlangsungnya Kongres AMK hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kongres-AMK-kecoh-gara-gara-tak-pakai-samping


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!