Perak tak naik tarif air: MB

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak tidak bercadang untuk menaikkan kadar tarif air buat masa ini khususnya bagi penggunaan domestik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu telah pun diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Air Perak baru-baru ini bahawa kadar tarif air di negeri ini kekal.

Menurutnya, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memang telah berbincang dengan negeri-negeri berhubung keperluan tarif ini dinaikkan malah kajian sejak tahun lalu juga telah dibuat mengenai perkara itu.

"Untuk negeri Perak, kita memikirkan belum tiba masanya untuk kita menaikkan tarif air bagi pengguna domestik. Jika ada keperluan menaikkan tarif mungkin pengguna komersial itu pun dalam kadar yang sangat minimum.

"Memang ada keperluan untuk menaikkan tarif tetapi setakat ini kita mampu menanggung subsidi pengguna domestik," katanya kepada pemberita selepas ditemui hadir merasmikan Karnival Jom Crazy di kompleks membeli belah AEON Big Falim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar bahawa semua negeri bersetuju untuk menaikkan tarif air tahun hadapan.

Dalam pada itu Ahmad Faizal berkata, sungguhpun tarif tidak naik, pihaknya mahu rakyat di negeri ini lebih berjimat menggunakan air.

ARTIKEL BERKAITAN Semua negeri setuju naik tarif air tahun depan: Xavier

Artikel Berkaitan: