Pecat ahli parti jika sabotaj Kongres

Anwar bercakap pada sidang media ketika Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Anwar bercakap pada sidang media ketika Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas termasuk pemecatan keanggotaan ahli parti akan diambil jika terdapat unsur-unsur bagi mensabotaj Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2019 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mulai hari ini hingga 8 Disember depan.

Itu peringatan diberikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anggota parti termasuk perwakilan serta mana-mana kepimpinan parti berkenaan.

Menurutnya, tindakan sedemikian jika dilakukan merupakan satu kesalahan besar dan sudah 83 peratus perwakilan parti mendaftar untuk menghadirkan diri Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka.

"Sudah kemuncak sebelum kongres, semua cabang dan kepimpinan hadir serta beri komitmen.

"Saya juga beri ingatan kalau ada percubaan untuk rosakkan semangat perpaduan oleh mana-mana pimpinan, jika sabotaj kongres tindakan tegas akan diambil termasuk pemecatan ahli," katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung desas-desus satu kongres berasingan dipercayai bakal diadakan hujung minggu ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memaklumkan mana-mana ahli yang hadir ke kongres tersebut juga bakal berdepan tindakan dipecat.

Katanya, setakat ini tidak apa-apa meskipun ada percubaan kecil dan beliau berharap perkara itu tiada kerana sekiranya wujud atau diteruskan mana-mana pemimpin yang hadir bakal turut dipecat.

Sewaktu diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Mohamed Azmin, Anwar berkata, pertemuan semalam merupakan satu perjumpaan biasa di mana Timbalan Presiden hadir mesyuarat khas.

Artikel Berkaitan:

Kongres Nasional PKR 2019 sebelum ini panas dengan pelbagai isu termasuk isu pengguguran nama Mohamed Azmin sebagai perasmi Kongres Angkatan Muda Keadilan sebelum nama beliau diangkat semula sebagai perasmi.