E-dompet, ketidakpatuhan penjawat awam tumpuan Parlimen hari ini

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan pemberian RM30 kepada rakyat Malaysia yang layak melalui perkhidmatan e-dompet bermula 1 Januari tahun hadapan adalah antara tumpuan utama pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat untuk penggal kali ini.

Dalam aturan mesyuarat dikeluarkan laman web Parlimen, ia dibangkitkan dalam soalan kedua sewaktu sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau)) yang mahukan Menteri Kewangan menyatakan syarikat serta perkhidmatan e-dompet manakah yang terpilih untuk melaksanakan pemberian ini.

Selain itu, pada sesi yang sama Datuk Seri Ronald Kiandee (PH- Beluran) meminta kerajaan menjelaskan sejauh mana berlaku ketidakpatuhan kakitangan awam terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Turut dijangka menghangatkan persidangan adalah isu tapak pengurusan sisa plastik di setiap negeri yang dibangkitkan oleh Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan sama ada kerajaan pernah berbincang dengan kerajaan negeri sebelum menyediakan garis panduan dan syor-syor penguatkuasaan yang berkaitan.

Mesyuarat ketiga bagi penggal kedua Parlimen telah berlangsung sejak 7 Oktober dan akan ditangguh sementara sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan untuk penggal akan datang. - Bernama

Artikel Berkaitan: