X

Kindly register in order to view this article
!

JKM cari waris bayi dibuang dalam kotak

Muhammad Adam kini berada dalam sihat di bawah jagaan sementara di Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah.
A
A

ALOR SETAR - Pejabat Kebajikan Masyarakat Kota Setar menggesa ibu bapa atau waris bayi berusia 5 bulan yang ditemui di dalam kotak berhampiran sebuah sekolah rendah Julai lalu.

Bayi tersebut yang dinamakan Muhammad Adam kini berada di bawah jagaan sementara di Taman Sinar Harapan Jitra selepas Mahkamah bagi Kanak-Kanak Alor Setar mengeluarkan perintah tersebut di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dalam satu kenyataan berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mohd Sabri Saad di talian 04-7202370 atau 014-7202352," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut, sepanjang berada di bawah jagaan tempat selamat, Muhammad Adam menerima suntikan imunisasi yang lengkap mengikut umurnya selain berada dalam jagaan pembantu perawatan kesihatan.

Pada Julai lalu, Sinar Harian melaporkan seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam kotak di tepi jalan kira-kira 100 meter dari sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Jelai, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, bayi itu ditemui seorang lelaki yang melalui jalan tersebut pada jam 8.20 pagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!