X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran cuaca peringkat bahaya di Kelantan, Terengganu

MetMalaysia mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga esok di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga esok di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini berkata, kawasan terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala Besut dan Setiu di Terengganu.

Amaran cuaca buruk iaitu hujan lebat berterusan juga dikeluarkan di daerah Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, sementara Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Sementara itu, Gua Musang, Jerantut, Mersing dan Kota Tinggi dalam keadaan waspada.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus