11,000 lagi penempatan haram bakal dibina di Baitulmaqdis

Kerja-kerja pembinaan penempatan haram Israel sedang dijalankan. -Foto Agensi
Kerja-kerja pembinaan penempatan haram Israel sedang dijalankan. -Foto Agensi
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel mengumumkan rancangan untuk membina 11,000 unit rumah di utara Baitulmaqdis.

Menurut laporan Israel Today, unit penempatan baharu itu akan dibina di atas kawasan seluas 60 hektar di Atarot, tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin.

Rancangan itu dibuat beberapa tahun lalu namun ia ditangguhkan kerana tekanan politik antarabangsa terhadap penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Antara yang membantah adalah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Bekas Menteri Perumahan Israel, Yoav Galant dilaporkan telah mengeluarkan perintah untuk menyambung semula kerja pembinaan selepas Donald Trump dilantik sebagai Presiden baharu.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah haram. - Agensi

Artikel Berkaitan: