Kereta terbang: Kaji semula elak pelaksanaan sia-sia

 Foto: Ihsan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
Foto: Ihsan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa tindakan berhubung projek kereta terbang perlu dikaji semula supaya projek tersebut tidak menjadi sia-sia.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Dr Dominic Lau berkata, projek inisiatif kereta terbang wajar dimajukan dengan memberi keutamaan terhadap perspektif lain bukannya kerana memenuhi keinginan individu semata-mata.

“Dana berjumlah hampir RM20 juta dari Syarikat Kumpulan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi (MIGHT) dilaburkan ke dalam saham Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB) dipercayai demi meneruskan kelangsungan projek kereta terbang.

“Berikutan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya jumlah pelaburan tersebut perlu diaudit.

"Laporan PAC sangat meragui tindakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang tidak merujuk dengan Kementerian lain untuk bangunkan projek tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru beliau menasihatkan agar Redzuan tidak mementingkan impiannya semata-mata tanpa memikirkan kepentingan beberapa agensi dan jabatan lain dalam negara.

Kelmarin, PAC menggesa pihak berkuasa mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne).

Menerusi laporan PAC berkaitan projek kereta terbang, jawatankuasa itu memaklumkan syarikat tersebut merupakan sebuah firma swasta yang dikaitkan dengan projek berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut jawatankuasa itu, dana itu disalurkan kepada Aerodyne melalui syarikat dikenali sebagai VentureTech Sdn Bhd (VentureTech), sebuah anak syarikat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.