132,000 hektar tanah di Pahang diwarta hutan tadahan air

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN – Sebanyak 132,212.58 hektar kawasan di Pahang diwartakan sebagai hutan tadahan air sebagai komitmen kerajaan Pahang dalam usaha memelihara hutan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan pewartaan tersebut, aktiviti penebangan pokok dan pengeluaran balak tidak dibenarkan di kawasan tersebut kerana di bawah hutan perlindungan.

"Pewartaan sebanyak 132,212.58 hektar lagi dibuat berdasarkan keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri ke-13/2019 pada 8 Mei lepas.

"Keluasan Hutan Tadahan Air sedia ada kira-kira 258,951.88 hektar yang menjadikan hutan tadahan air di negeri ini sebanyak 386,971.14 hektar," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menerusi pertambahan tersebut, ini bermakna keluasan hutan tadahan air di negeri ini ialah 386,971.14 hektar iaitu tiga kali ganda keluasan seluruh Pulau Pinang iaitu 103,104 hektar.

Katanya, kerajaan Pahang bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,497.25 hektar di sekitar Tasik Chini sebagai Hutan Simpan Kekal.

Artikel Berkaitan: