16 mangsa banjir di Kuala Krai dipindah ke SK Chenulang

PPS di SK Chenulang dibuka hari ini.
PPS di SK Chenulang dibuka hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – [DIKEMASKINI] Seramai 16 orang dari lima keluarga di beberapa kawasan di RTP Chenulang, Kuala Krai di sini mula dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang bermula jam 11.45 pagi tadi.

Ketua Komander Operasi Bilik Gerakan Banjir Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nurul Alfisyahrin Mohd Zaki berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.10 pagi dan mendapat maklumat lanjut daripada ketua kampung RTP Chenulang.

“Kami menerima panggilan daripada ketua kampung RTP Chenulang yang mengatakan air telah naik secara mendadak dan terdapat beberapa keluarga di kampung tersebut telah ditenggelami air.

“Empat anggota dari Balai Sungai Durian dan lima dari Balai Kuala Krai keluar ke tempat kejadian untuk operasi menyelamatkan dan 14 orang mangsa yang pertama diselamatkan ialah terdiri daripada enam orang dewasa dan lapan kanak-kanak.

“Manakala pada jam 2.05 petang pula, dua lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan juga diselamatkan dan di hantar ke pusat pemindahan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kawasan Tanah Merah, Nurul Alfisyahrin ketika dihubungi memberitahu, sehingga jam 2 petang tadi tiada PPS dibuka di daerah itu walaupun trend air di sungai-sungai utama semakin menaik.

“Taburan hujan pula buat masa ini masih berterusan dan berhenti sekali skala, ramalan hujan di Tanah Merah juga berterusan sehingga 2 Disember ini berdasarkan info dari Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Sebarang maklumat lanjut saya akan maklumkan dari semasa ke semasa. Pihak kami juga akan mempergiatkan lagi rondaan di kawasan-kawasan yang berisiko,” katanya.

Artikel Berkaitan: