Paha budak 8 tahun tertusuk kepala paip

Bomba memotong batang paip dengan penuh berhati- hati.
Bomba memotong batang paip dengan penuh berhati- hati.
A
A
A

CHEMOR - Seorang kanak-kanak lelaki orang asli terpaksa menahan sakit lebih sejam selepas paha kanannya tertusuk kepala paip di Pos Sungai Pelantok di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa, Muhammad Sharul Iznan Nawi, 8, tergelincir ketika memanjat tangki air menyebabkan paha kanan tertusuk pada kepala paip.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput berkata, Mohd Hamidi Manas berkata, lapan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.36 tengah hari.

Bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memotong batang paip.
Bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memotong batang paip.

“Pasukan tiba pada jam 2.07 petang berikutan kedudukan kampung yang berada di pedalaman selain permukaan jalan yang tidak rata.

“Kita dapati kepala paip besi terbenam dalam paha mangsa. Anggota bertindak memberi rawatan awal dengan membalut kaki mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, anggota mengambil masa hampir sejam untuk memotong batang paip berkenaan.

“Operasi dilakukan dengan penuh berhati-hati. Keadaan mangsa juga sangat stabil sambil ditemani oleh ahli keluarganya.

Artikel Berkaitan:

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Siput dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mengeluarkan kepala paip berkenaan,” katanya.

Mohd Hamidi berkata, operasi menyelamat itu tamat pada jam 3.06 petang.

Mangsa diangkat untuk dibawa ke hospital berhampiran menaiki kenderaan EMRS bagi mengeluarkan kepala paip.
Mangsa diangkat untuk dibawa ke hospital berhampiran menaiki kenderaan EMRS bagi mengeluarkan kepala paip.