Budak tujuh tahun disyaki mangsa dera ibu bapa

Kecederaan di bahagian belakang badan kanak-kanak lelaki dipercayai akibat kesan dera. - Foto Layangkasa
Kecederaan di bahagian belakang badan kanak-kanak lelaki dipercayai akibat kesan dera. - Foto Layangkasa
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera ibu bapanya di kawasan Perumahan Layangkasa, Pasir Gudang di sini, pada malam Jumaat.

Perkara itu dimuat naik menerusi dua klip video yang masing-masing berdurasi 24 saat dan 32 saat di laman Twitter Cikgu Suraya pada 6.02 petang pada Sabtu.

Orang ramai berkumpul di rumah mangsa di kawasan perumahan mangsa.
Orang ramai berkumpul di rumah mangsa di kawasan perumahan mangsa.

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu memaparkan beberapa individu dipercayai jiran-jiran di kawasan perumahan berkenaan berkumpul di hadapan rumah meminta agar kanak-kanak lelaki berkenaan dibawa keluar.

Video seterusnya yang berdurasi 32 saat pula memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami beberapa luka di bahagian belakang badan dipercayai akibat didera.

Dua klip video berkenaan turut tular di laman Facebook Layangkasa itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ketika ini, pihak polis memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.