Kontena dijadikan rumah kongsi terbakar

Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya. Foto: JBPM Selangor.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya. Foto: JBPM Selangor.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah kontena yang dijadikan rumah kongsi berhampiran Paradigm Mall Kelana Jaya di sini terbakar tengah hari tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, rumah kongsi dengan lima pintu berkeluasan 2,500 kaki persegi itu musnah keseluruhan.

Menurutnya, panggilan kecemasan diterima jam 11.55 pagi dan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi.

"Jentera pertama tiba jam 12.06 tengah hari dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 1.39 tengah hari.

"Kejadian tidak melibatkan mangsa. Punca kejadian masih disiasat," katanya.

Artikel Berkaitan: