Angkara lori langgar belakang

Keadaan kereta Proton Preve dinaiki tiga warga Pusat Pelindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 57.6 Jalan Klang-Teluk Intan, semalam.
Keadaan kereta Proton Preve dinaiki tiga warga Pusat Pelindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 57.6 Jalan Klang-Teluk Intan, semalam.
A
A
A

TANJONG KARANG - Tiga warga Pusat Pelindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 57.6 Jalan Klang-Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, kejadian jam 9 pagi itu menyebabkan seorang penumpang belakang kereta Proton Preve berusia 15 tahun cedera di muka.

"Pemandu kereta berusia 38 tahun dan penumpang hadapan berusia 31 tahun bersama dua pemandu lori yang masing-masing berusia 50 dan 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Md Asri berkata, siasatan awal mendapati semua kenderaan dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Klang.

"Sebaik tiba di lokasi, pemandu lori berusia 26 tahun dipercayai melanggar bahagian belakang Proton Preve," katanya.

Menurut beliau, pelanggaran mengakibatkan kereta berkenaan terlajak ke hadapan dan melanggar bahagian belakang lori treler dipandu lelaki berusia 50 tahun.

Katanya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Artikel Berkaitan: