Lebih ramai penduduk Miri terima dekoder digital percuma

Dr Ting Tiong Choon
Dr Ting Tiong Choon
A
A
A

MIRI - Pengagihan dekoder MyFreeView percuma untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) B40 di Miri akan dilakukan lagi bulan hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut, Dr Ting Tiong Choon berkata, mereka yang layak menerima dekoder tersebut namun tidak tersenarai dalam pengagihan hari ini dan esok akibat kekurangan stok dekoder, tidak perlu risau.

“Sejumlah 1,500 dekoder akan diagihkan kepada penerima yang layak mulai hari ini dan esok, mereka yang masih belum menerimanya boleh mengambilnya bulan hadapan,” katanya kepada media selepas meninjau proses pengagihan dekoder tersebut di Sekolah Menengah Pei Min di sini hari ini.

Tiong Choon berkata, mereka yang masih belum menerimanya dalam proses pengagihan hari ini dan esok, mereka boleh berikan nama dan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi apabila dekoder mereka tiba di Miri untuk diagihkan.

Mereka yang layak menerima dekoder berkenaan di bandar Miri, boleh mengambil dekoder masing-masing di Sekolah Menengah Pei Min dari jam 8.30 am hingga ke 4.30 petang hari ini dan esok dengan membawa MyKad masing-masing untuk pengesahan.

Orang ramai boleh memeriksa kelayakan menerima dekorder melalui SMS ke 15888 dengan menaipkan MYTV (jarak) DEKODER(jarak) No Mykad, atau email ke www.mytvbroadcasting.my/B40, or telefon pusat servis MyFreeView di talian 1300806988 or 1800181088. - Bernama

Artikel Berkaitan: