'Pemimpin PKR perlu minta maaf secara terbuka kepada Zakaria'

Mohd Radzlan Jalaludin
Mohd Radzlan Jalaludin
A
A
A

SHAH ALAM – Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid yang dipecat daripada parti kerana didakwa terbabit rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu.

Ahli MPP, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, Zakaria menjadi mangsa ketidakadilan dalam isu terbabit yang jelas mencemar nama baik PKR.

“Prinsip asas di dalam sesuatu ‘penghakiman’ atau sebelum sesuatu keputusan itu dibuat adalah hak untuk seseorang didengari atau untuk membela diri.

"Lebih mengejutkan apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kekhilafan berhubung perkara ini.

“Saya menyeru kepimpinan parti insaf dan segera menghayati asas ini serta tidak terbawa-bawa kepada politik dendam dan ‘pendakwaan terpilih’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, SPRM mengakui suruhanjaya itu tidak sepatutnya mengeluarkan surat cadangan tatatertib kepada mana-mana parti politik.

Justeru, SPRM memaklumkan terkhilaf apabila menghantar surat sedemikian kepada PKR baru-baru ini yang antara lain mencadangkan tindakan tatatertib ke atas ahlinya kerana melanggar kod etika parti berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, mengikut garis panduan tatatertib SPRM, tindakan sedemikian hanya boleh dicadangkan terhadap agensi dan kementerian kerajaan serta negeri.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rasuah: Dua ahli PKR Pahang dipecat serta-merta

[VIDEO] Pemecatan Zakaria tidak jejas gerak kerja PKR: Fuziah

SPRM akui silap cadang tindakan tatatertib ahli PKR

Dipecat serta-merta: Zakaria tunggu surat rasmi PKR